Akil memngambil keputusan untuk memulangkan Cincin 4 Keramat kepada Siti. Namun dia terlambat apabila Dukun Anjang Itam mengugut untuk membunuh Cikgu Shila jika Akil tidak menyerahkan cincin itu kepadanya. Siti yang tidak sedap hati melihat Akil tidak muncul-muncul segera ke rumah Akil bersama-sama Pak Sudin dan Nabil. Pak Sudin berjaya melemahkan ilmu Dukun Anjang Itam dan dukun itu ditangkap polis kerana kesalahan menculik. Cincin 4 Keramat akhirnya diserahkan kepada Pak Sudin. Pak Sudin juga telah ‘memagar’ Akil supaya jin-jin itu tidak lagi mengganggunya. Hubungan Akil dan Cikgu Shila juga telah pulih semula.
